Viral Video Pasangan ‘Komplen’ Homestay Datuk, P0lis Buka Kertas Siasatan.

Niat berkongsi sekadar ingin orang lain mengambil iktibar, namun siapa sangka video luahan pasangan suami isteri berhubung rumah tumpangan (homestay) di Taiping menjadi kes polis pula.

Polis siasatan pasangan suami isteri

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping iaitu Asisten Komisioner Osman Mamat, pihaknya menerima laporan mengenai penularan video berdurasi 2.56 minit itu di laman Tiktok Sabtu lalu.

“Siasatan sedang dijalankan dan PDRM menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.”

-Osman Mamat-

Video pertelingkahan tular

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan luahan suami isteri yang tidak berpuas hati terhadap layanan pemilik sebuah rumah penginapan di Taiping.

Hantaran itu, kemudiannya meninggalkan pelbagai respon daripada warganet dan tak kurang juga mangsa yang pernah berdepan situasi itu.

Tambah mereka, hal sedemikian bukan sekali dua terjadi, tetapi mereka sudah lali dengan sikap pemilik homestay berkenaan yang dipercayai bergelar Datuk.

Tunggu Makanan Berejam, Pasangan Bengang Respon ‘Owner’ Hotel Di Taiping

Bila kita pergi bercuti atau duduk di mana-mana hotel atau homestay, kita mesti ada expectation kita yang tersendiri kan? Lebih-lebih lagi kalau tempat yang kita dah pernah pergi.

Baru-baru ni, viral di TikTok apabila pasangan suami isteri telah memuat naik video menunjukkan kekecohan yang berlaku di hotel Kamalodge yang terletak di Taiping, Perak.

“Suruh kita blah lepastu tak nak refund”
Video yang telah mendapat tontonan lebih 1 juta itu menunjukkan pasangan suami isteri ini meminta agar diberikan refund selepas dia dikatakan telah dihalau keluar oleh pemilik hotel tersebut kerana mengadu makanan yang dipesan sejak jam 7 malam tak siap-siap.

Selain itu, pasangan suami isteri ini juga turut meceritakan perkara sebenar yang berlaku ketika percutian mereka di sana.

Dikatakan, sejak tiba lagi macam-macam masalah yang berlaku. Menurutnya, ketika sampai bilik yang disediakan bersemut dan tilam extra yang diminta juga turut tidak diletakkan di dalam bilik.

Namun begitu, pasangan yang bercuti di sana bersama keluarganya ini membuat keputusan untuk tidak membuat apa-apa aduan dan terus bersabar.

Disebabkan air yang dipesan di kafe mengambil masa satu jam untuk sampai, mereka telah membuat keputusan untuk membuat pesanan awal pada jam 7.30 malam untuk makan pada 8.30 malam.

Pun begitu, makanan tersebut tetap tak siap sehingga jam 10.45 malam hingga menyebabkan mereka membuat aduan kepada pemilik hotel tersebut namun responnya…

Datuk tu punyalah berlagak! Dia cakap, ‘tak boleh buat apa-apa lah kena tunggu sampai pukul 12 lah kalau macamtu. Kalau tak boleh tunggu boleh blah.’”

Tak cukup dengan itu, pasangan ini turut mengatakan bahawa pemilik hotel tersebut yang juga berpangkat “Datuk” ini turut mengutarakan perkataan racist di hadapan pelanggan lain.

Menerusi balasan di ruangan komen, dikatakan sehingga kini mereka masih menunggu refund dari pihak pengurusan hotel tersebut.

SUMBER: Malaysia Kini, Tiktok julietcva, Redaksi, postscity.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah ini.

1 thought on “Viral Video Pasangan ‘Komplen’ Homestay Datuk, P0lis Buka Kertas Siasatan.”

Leave a Comment