“Syabas Rakyat Malaysia…” Aznil Nawawi Kongsi Berita Gembira Buat Zamani.

Umum mengetahui penyanyi yang cukup terkenal di era 90-an Zamani menghidap penyakit skoliosis yang mengakibatkan tulang belakangnya semakin ‘bengkok’.

Susulan itu, pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi telah membuka akaun peribadinya untuk mengumpul dana orang ramai bagi membiayai kos pembedahan Zamani.

Runsing Jika Zamani Terpaksa Kerja Keras

Menerusi hantaran di Instagram, Aznil atau mesra disapa sebagai Pak Nil akui berasa runsing jika Zamani terpaksa bekerja keras untuk mengumpul dana, kerana ia akan lebih memudaratkan keadaan kesihatannya.

“Paknil tersentuh dengan laporan @mstaronlineofficial mengenai penyanyi pujaan ramai @zamanislam_official. Takpe.

“Biar Paknil yang rayu bantuan. Paknil runsing kalau dia terpaksa kerja keras untuk kumpul dana akan memudaratkan keadaan kesihatan beliau.

“Paknil bukakan akaun peribadi paknil untuk mengumpul dana membantu pembedahan Zamani. InsyAllah,” Katanya.

Kutipan Dana Sudah Cecah Lebih RM32 Ribu!

Apa yang lebih membanggakan adalah, kutipan dana tersebut kini sudah mencapai jumlah RM 32,190.21 hanya dalam masa 15 jam.

“Syabas rakyat Malaysia! Dalam masa 15 jam”- Kongsi Pak Nil.

Terdahulu, Murai MY melaporkan Pak Nil memuatnaik video rakaman nyanyian Zamani bersama Wany Hasrita, yang dirakam beberapa bulan lalu dan menyatakan bahawa berlaku perubahan terlalu cepat terhadap tubuh badan pelantun Gerimis Mengundang itu.

Baru Berjumpa Semalam, Aznil Nawawi Akui Terkejut Dgn Keadaan Terkini Zamani Slam.

Nama penyanyi Zamani adalah nama yang cukup besar di era 90-an. Namun, dugaan menimpa dirinya apabila keadaan fizikal Zamani yang semakin ‘bengkok’ kerana penyakit skoliosis yang telah memberi kesan terhadap tulang belakangnya.

Terkini, pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi tampil bersuara terhadap keadaan yang menimpa pelantun Syair Si Pari-Pari itu.

Kongsi Video Rakaman Nyanyian Zamani

Menerusi hantaran di Instagram, Aznil dilihat memuatnaik video rakaman nyanyian Zamani bersama Wany Hasrita yang dirakam pada 6 bulan lalu ketika program Karaoke Superstar dan menyatakan badan Zamani tidak seperti yang kelihatan sekarang.

“Rakaman ini 6 bulan lalu. Badan Zamani tidak seperti yang kelihatan sekarang.”-Kata Aznil

Akui Perubahan Pada Zamani Berlaku Terlalu Cepat

berlaku perubahan terlalu cepat terhadap tubuh badan Zamani, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil menitipkan doa agar Zamani Slam segera diberi kesembuhan.

“Cepat betul perubahannya. Paknil dan team #karaokesuperstar mendoakan agar @zamanislam_official segera diberi kepulihan seperti sediakala. Amin.”-Kongsi Aznil

Netizen Titip Doa Buat Zamani

Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut menitipkan doa buat Zamani Slam agar cepat sembuh. Malah, terdapat netizen yang mendedahkan bahawa tubuh badan Zamani kini semakin ‘bengkok’ dengan teruk.

“Semoga cepat sembuh dan ada pihak sudi membantu abg zamani kita ni. Semua sayang abg zamani.”

“Baru jumpa dia semalam. Memang makin teruk bongkok dia sekarang ni paknil.”

“Syafakallah buat Zamani. Semoga dikurniakan dengan kesembuhan & sentiasa dalam jagaan Allah. Aamin Ya Mujib.”

Terdahulu, pernah tular video Zamani yang menjayakan persembahan dalam keadaan ‘bengkok’ pada majlis Berbuka Puasa ‘Buffet Rustic’ bersama Zamani Slam di Bangi Avenue Convention Centre pada April lalu.

PENYANYI Zamani Slam akui dia kini masih aktif menyanyi meskipun mempunyai sedikit masalah kesihatan.

Bagaimana pun, pemilik nama sebenar Zamani Ibrahim, 47, berkata dia sudah lama tidak membuat kemunculan di kaca televisyen.

“Saya masih menerima undangan nyanyian seperti biasa tetapi untuk acara di luar dan korporat.

“Cuma saya akui saya sudah lama tidak menyanyi dan keluar dalam mana-mana program TV.

“Lagi pun saya ada masalah kesihatan,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai kesihatannya pelantun lagu Gerimis Mengundang itu memberitahu dia kini mempunyai masalah tulang belakang.

“Fizikal saya yang semakin kurus dan membongkok ini kerana saya menghidap masalah tulang belakang.

“Saya akui kesan salah guna dadah suatu ketika dulu menyebabkan tulang saya membengkok.

“Saya masih menerima rawatan susulan, cuma saya sudah tidak mengikuti rawatan fisioterapi seperti sebelum ini,” dedahnya.

Bagaimanapun, Zamani yang pernah terlibat dengan gejala dadah, berharap tiada pandangan negatif daripada orang ramai terhadap keadaan fizikalnya itu.

“Saya harap tiada pandangan negatif bila orang tengok keadaan saya begini.

“Ini kerana bila orang lihat saya begini, mereka tanya adakah saya masih mengambil benda (dadah) yang tidak elok itu.

“Tapi, apa-apa pun saya tidak boleh hendak menghalang apa jua yang mereka katakan,” luahnya lagi.

 

Sumber : Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Leave a Comment