“Nak Marah Pun Bukan Ada Otak” – Tindakan Chef Wan Tarik Perhatian Netizen.

Selain mempunyai minat terhadap pokok, kini Datuk Chef Wan juga banyak berkongsikan kelucuan mengenai kucing-kucing kesayangannya. Persis cat lovers lain, beliau juga tidak kisah berhabisan banyak duit termasuklah bagi kos makanan setiap bulan beserta rawatan.

Yang penting Neil takde apa-apa…Haiwan tiada otak macam kita…Esok kalau ke Morocco, boleh beli lagi.

Meskipun terkadang si bulus ini mempunyai perangai nakal, seorang pencinta kucing tidak mungkin rela memarahi apalagi hendak naik tangan. Sama seperti Chef Wan sendiri, beliau tidak melenting apabila seekor kucingnya bermain hingga menyebabkan mangkuk perhiasan yang dibeli di Morocco pecah.

Tidak dinafikan, barangan itu memang mempunyai nilai ribuan ringgit. Namun apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan rasa sayangnya kepada si comel, Neil.

Jaga mereka macam jaga anak kecil…Nak kedekut atau sayang duit memang not my style

Sudah dianggap seperti cucunya sendiri, Datuk Chef Wan tidak berkira langsung malahan menganggap keutamaan menjaga kucing-kucing ini ibarat sama penting seperti mana beliau menjaga ahli keluarga lain.

Tidak akan miskin jika seseorang itu banyak ‘memberi’, beliau berpegang teguh pada psinsip tersebut untuk sentiasa berbudi kepada manusia atau haiwan.

Ku menangis membayangkan…Tapi apakan daya, Chef Wan tak sanggup nak marah anak bulu.

Menerusi ruangan komen, ramai yang terhibur dan sangat memahami situasi dilalui oleh Chef Wan sebagai pemelihara kucing. Netizen turut memuji sikap mulia tukang masak terkenal ini apabila tidak berkasar meskipun barangannya mengalami kerosakan.

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh chef wan (@_chefwan58)

Tak Kisah Diperli Show Off, Chef Wan Siap Hadiahkan Serina 10K & Perabot Baru

Sempena Birthday, Chef Wan Sponsor RM10,000 Untuk Serina Buat…
Cef Selebriti popular, Chef Wan bakal menghadiakan wang sejumlah RM10,000 untuk barang dekorasi rumah anak perempuannya yang juga seorang selebiriti, Serina Redzuawan.

Hadiah itu diberikan Chef Wan atau nama sebenarnya ya Datuk Seri Redzuawan Ismail sempena hari ulang tahun kelahiran Serina yang disambut semalam.

“Dia kata dia tak mahu hadiah tapi saya dah janji dengannya nak beri set meja makan dan sofa baru untuk rumah barunya yang dibeli.
“Saya juga akan berinya karpet lama di rumah yang masih berada dalam keadaan baik. Guna la dari kena beli yang baru.

“Saya juga bantu mereka menymbangkan sedikit wang untuk mereka bina cabinet dapur. Jadi la sumbangan dari bapa. Rezeki saya adalah rezeki anak-anak juga.

“Dah nak siap masuk rumah esok Papa kasi 10k lagi for your other home accessories, lighting and fittings etc. That will be my birthday gift for you,” tulis Chef Wan.

Chef Wan berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik rakaman video Serina yang menyambut hari jadi bersama suaminya.

Menurut Chef Wan bukan Serina sahaja malah anak lelakinya, Chef Riz juga dibantu serba sedikit untuk memasuki rumah baru tidak lama lagi.

Kata Chef Wan dia bertanggungjawab menjaga kebajikan anak-anaknya meskipun mereka sudah besar dan berumah tangga.

“Macam ni la tanggung jawab bapa dari anak itu kecil sampai la dah tua pun seorang bapa yang baik akan mahu membantu.

“Tiada satu bapa pun nak melihat anak-anak mereka di dalam kesusahan. Tak bantu banyak, bantu sedikit pun jadi lah.

“Baik pun menantu sendiri dan cucu-cucu kita. Saya tak suka jika dapat menantu atau pun anak sendiri yang tidak bertanggung jawab kepada rumah tangga masing-masing,” tambahnya lagi.

Tambah Chef Wan dia juga tidak peduli jika ada yang berkata dia lakukan semua termasuk menjaga arwah bekas isterinya yang sakit sebelum ini hanya untuk menunjuk-nunjuka.

“What i care most in my life when going through all this challenges in life i have taken those responsibilities and set a good example to the rest of the world,” tulisnya lagi.

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh chef wan (@_chefwan58)

Sumber :pnews.space, gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Leave a Comment