‘Last Aku Jumpa Dia Masa Pakai Wira..Alhamdullilah,Rezeki Dia Melimpah Ruah” – Ramai Puji Mamak Puteh Tidak Lupa Diri

Sebut sahaja nama Mamak Puteh atau nama sebenarnya Muhammad Ikhtiarudin Naina Mohamad tentu ramai mengenalinya sebagai salah seorang pelawak serta sangat disukai. Terbaharu, satu muat naik video mengenainya membuatkan orang ramai semakin tertarik dengan diri Mamak Puteh.

Sekadar info, dia lebih dikenali dengan nama Mamak Puteh dan juga merupakan salah seorang anggota kumpulan lawak terkenal, Puteh yang mana dia bergandingan dengan pelawak, Ali Puteh. Pemenang Maharaja Lawak Mega 2016 ini selain bergelar pelawak, dia juga seorang pelakon.

Pelawak ini bagaimanapun terbaharu menarik tumpuan ramai warganet di aplikasi TikTok selepas video rakamannya tular apabila dikongsikan pemilik akaun atas nama, amoishell0306 yang lalunya juga mencuri perhatian ramai peminat Mamak Puteh. Dalam pada itu, rakaman video ini meraih ribuan tontonan selepas dimuat naik kepada umum.

Menerusi muat naik ini, Mamak Puteh dirakam di sebuah stesen minyak dan dia dilihat mengisi minyak kenderaannya berwarna hitam. Perasan dirinya dirakam, Mamak Puteh bagaimanapun terus tersenyum dan mengangkat tangannya.

Sikap Mamak Puteh itu bagaimanapun menjadi perbualan ramai diruangan komen apabila dia sememangnya dikatakan seorang selebriti yang tidak sombong manakala ada juga peminat sempat berseloroh dengan pelbagai reaksi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : himpunanceritalawak

Leave a Comment