kereta kerajaan negeri digunakan Norhizam Dirampas Pihak P0lis

ABDUL Majid pada sidang media mengenai Toyota Camry yang tdak dipulangkan oleh bekas Exco Kerajaan Negeri Melaka. FOTO Syafeeq Ahmad

Melaka: P0lis merampas sebuah kenderaan rasmi kerajaan negeri yang sebelum ini didkwa enggan dipulangkan oleh bekas Ahli Dewan Undangan (Adun) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Kereta jenis Toyota Camry berwarna hitam itu dirampas pasukan p0lis di sebuah tempat letak kereta di Jalan Tun Perak, jam 11.20 pagi semalam.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, rampsan itu dibuat pihaknya susulan laporan p0lis diterima membabitkan s4lah guna kenderaan rasmi kerajaan negeri secara tdak jujur.

Beliau berkata, laporan p0lis dibuat oleh seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka mengatakan kenderaan terbabit tdak dipulangkan.

“Semalam, p0lis membuat permohonan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi mengeluarkan waran geledah untuk mengesan dan merampas barang k-es.

“Susulan itu sepasukan p0lis merampas Toyota Camry terbabit bersama anak kunci kereta, kad Touch n Go dan satu kad minyak daripada pemandu rasmi Datuk Norhizam,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini seramai lima sksi sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Mereka ini terdiri daripada kakitangan pejabat (SUK) dan lebih ramai sksi yang akan dipanggil termasuk Datuk Norhizam.

“Siasatan lanjut juga akan dijalankan bagi mengetahui bagaimana kereta itu boleh diletakkan di lokasi itu dan apa kaitan dengan pemilik lot tempat letak kereta,” katanya.

Abdul Majid berkata, kes disi4sat mengikut Seksyen 403 Kanun Kesksaan.

sumber : Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Comment