Kahwini Gadis Korea, Ini Kehidupan Pelakon Jehan Miskin Dan Keluarga

Isteri Jehan Miskin iaitu Julie Camelia Rhee, menyangka bahawa aktor itu tidak mempunyai sebarang pekerjaan ketika di awal perkenalan mereka. Julie, 29, yang mengenali Jehan, 34, di sebuah gimnasium di ibu kota berkata, rasa segan untuk bertanya mengenai karier Jehan membuatkan wanita berasal Korea itu mengandaikan sendiri pekerjaan aktor itu, sehinggalah pada temu janji kedua, dia baru tahu status suaminya sebagai selebriti.

“Pada awal perkenalan kami, Jehan yang menegur saya dahulu dan apabila saya tanya tentang pekerjaannya, dia senyap dan tidak memberikan apa-apa jawapan. Jadi saya anggap dirinya sedang meng4nggur, manalah tahu dia sensltif tentang perkara itu.

“Bagaimanapun, pada temujanji kedua kami, saya berasa p3lik apabila dia sering didatangi orang yang mahu bergambar dengannya dan masa itu barulah dia cakap yang dirinya seorang pelakon,” katanya.

Selepas lapan tahun mendirikan rumahtangga, pelakon terkenal, Jehan Miskin, 41, meluah rasa gembira apabila akhirnya dikurniakan zuriat pertama Jehan berkongsi verita gembira itu Instagram miliknya dan memilih nama Axel Nova Rhee Jehan untuk cahaya mata sulungnya itu.

“Selamat datang ke dunia anak lelaki ku, Axel Nova Rhee, nama pertamanya. Dilahirkan pada tengah malam hari kesembilan sambutan Tahun Baru Cina diikuti letupan bunga api. Sesungguhnya awak betul-betul luar biasa,” coretnya yang mendirikan rumah tangga bersama Julie Camelia Rhee yang berasal dari Korea. Rakan-rakan artis dan peminat membanjiri ruang komen Instagram milik Jehan dengan ucapan tahniah buatnya dan isteri.

Sumber:info rentas malaysia

Leave a Comment