Jadi Punca Na4s 5 Kenderaan, Botol Pelik Ditemui Dlm Kereta -“Siap Mngaku Dia Imam Mahdi?

Sejak minggu lepas telah tular akan sebuah video memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan menyebabkan lima kenderaan terlibat dalam kemalangan di kilometer 243.3 Lebuhraya Utara-Selatan.

Video ada di bawah sekali..

Memetik laporan Sinar Harian, kemalangan jam 10.40 pagi itu dipercayai berlaku ketika sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berumur 28 tahun dari arah Seremban menuju ke selatan dipercayai hilang kawalan.

Jumpa botol apa dalam kereta Myvi

Dalam pada itu, tular juga video orang ramai menemui botol yang mencurigakan di dalam kenderaan berkenaan yang dipercayai menjadi punca pemandu memandu dengan laju.

Malah, dalam video yang lain pula dapat dilihat pemuda berkenaan seolah-olah sedang ‘berkhayal’ ketika dikelilingi penunggang motosikal.Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dipandu lelaki berumur 44 tahun di hadapannya.

“Pelanggaran tersebut menyebabkan Toyota Avanza turut hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali serta terbabas ke lorong kiri lalu melanggar dua lagi kenderaan iaitu Proton Saga dipandu wanita berusia 40 tahun dan Proton Persona yang dipandu lelaki berumur 35 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Akibat pelanggaran pertama yang berlaku di antara Perodua Myvi dan Toyota Avanza telah menyebabkan tayar bahagian belakang kiri Toyota Avanza tercabut.

“Tayar berkenaan terpelanting masuk ke laluan arah bertentangan dan terkena pada sebuah lagi kereta Perodua Myvi yang dipandu lelaki berumur 32 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, kesemua mangsa terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Mengaku Imam Mahdi.  Lihat video ini:

Antara Komen Netizen:

Adohaiii dahlah lalok dalam keta ada alat hisap Bong lagi lepas tu menyusahkan pemandu keta Lain ehh mengaku pulak jadi Imam Mahadi hempok jelah biar berkicap tup 2 lepas tu dia mengaku jadi Power Rangers pulak

Rasanya dia sedang berputus asa tentang sesuatu tapi disebabkan dia ramai yg lain terlibat elok dipenjara 10tahun mengaku imam Mahdi plak tu

Ni smua punca ni.. jika kerajaan mgkaji smula akta penggunaan jln raya dan lesen terhadap individu yg benar² layak memandu diats jln raya shja yg dibenarkan..

Dia Ada masalah hidup Tu …hmm nyawa org lain Pon tlibat ..ade iktibar Dan hikmah ….allahu.. NK mnyalahkan Pon xboleh SBB smua atas izin allah

Sumber/Kredit:SH(Norafidah assan)/FB (inforoadblock) via ASN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Comment