“Macam mana nak jawab fitnah di akhirat?” – Izara Aishah komen netizen sibuk laga-lagakan Fazura dan Neelofa

SETIAP hari ada sahaja komen netizen serta peminat tegar membuat perbandingan di antara dua selebriti terkenal iaitu Neelofa dan Fazura.

Tidak kiralah ia laporan mengenai kerjaya atau peribadi, pasti akan ada yang membandingkan kehidupan kedua-dua selebriti ini hingga menjadi topik perbualan hangat di media sosial.

Susulan perkara itu, pelakon Izara Aishah tampil menegur sikap segelintir peminat yang kerap menulis komen yang dilihat seolah-olah cuba melaga-lagakan hubungan dua selebriti ini.

Izara Aishah minta netizen jawab dekat akhirat nanti.

“Tapi kalau tak betul niat dia begitu macam mana. Dia ni nak jawab fitnah kat akhirat ni. Sama juga dengan Kak Faz (Fazura).

“Kalau niat kak Faz post tak ada kena mengena dengan apa yang netizen duk cakap ni, mampos netizen nak jawab kat sana. Banyak sangat orang cuba melagakan mereka tanpa sebab,” katanya.

Izara menulis pandangannya itu selepas mengulang siar satu ciapan yang ditulis netizen mengenai laporan berita tentang Fazura di akaun Twitter pada Rabu.

Dalam pada itu, Izara Aishah atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 29, berkata perkongsian netizen itu tidak memberi apa-apa kebaikan kepada mana-mana pihak.

“Dapat apa ya buat tweet, tiktok dan sebagainya berunsur begini? Seronok ke? Ha tunggu sat kat sana seronok ke tak,” katanya lagi.

Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati tweet individu berkenaan telah dipadam selepas di repost semula oleh Izara.

Terdahulu, nama Neelofa dan juga Fazura menjadi sebutan apabila dua selebriti berkenaan dilihat seakan-akan bersaing berkongsi kisah mereka di media sosial sehingga menjadi bahan di portal media.

Sumber : mStar

Leave a Comment