Iqbal Akui Pertama Kali Rasai Pengalaman Tersebut Di Indonesia, Buat Dia Tak Lena Tidur Semalam.

Iqbal lalui detik mencemaskan apabila hotel penginapannya merasai gegaran gempa bumi.

USAHAWAN kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli berdepan detik mencemaskan apabila merasai gegaran susulan gempa bumi yang melanda Pulau Jawa, Indonesia pada Jumaat.

Menurut Iqbal, 27, semasa kejadian dia sedang tidur di dalam bilik penginapan di sebuah hotel di Jakarta dan diminta oleh pengurusan untuk segera turun menyelamatkan diri.

“Ini pengalaman pertama dalam hidup saya merasai gegaran gempa bumi. Semasa gegaran pertama saya sedang tidur di bilik di tingkat lapan. Kalau nak tahu hanya saya seorang sahaja yang menginap di hotel ini.

“Mujur ketika kejadian ada kawan dan pembantu rumah kejutkan saya dan kami terus berlari turun ke bawah, lebih menakutkan apabila saya turun menggunakan lif dan lampu terpadam beberapa kali.

“Selepas setengah jam saya masuk semula ke rumah, tapi tiba-tiba sekali lagi gegaran berlaku selama 20 saat, cepat-cepat kami turun semula ke bawah.

Iqbal cemas ketika berada dalam lif hotel.

“Saya cuma sempat capai satu beg mengandungi barang berharga seperti pen, jam tangan, cincin, kamera dan dokumen penting,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, media melaporkan gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.7 pada skala Richter dikesan di Barat Daya Pulau Jawa di Indonesia pada tengah hari, Jumaat.

Malam tadi keadaan okay, tiada gegaran susulan cuma saya tak boleh tidur lena kerana takut jika gegaran itu berlaku semula

IQBAL ZULKEFLI
USAHAWAN

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa bumi berpusat di luar pesisir Provinsi Banten itu tidak berpotensi mengakibatkan tsunami.

Gegaran kuat itu turut dirasai sehingga Jakarta menyebabkan orang ramai lari meninggalkan bangunan dan premis kediaman.

Sementara itu, penyanyi lagu Hujan ini berkata dia tidak boleh tidur lena kerana bimbang jika gegaran susulan kembali berlaku.

“Malam tadi keadaan okay, tiada gegaran susulan cuma saya tak boleh tidur lena kerana takut jika gegaran itu berlaku semula.

“Lagi pula hanya saya seorang sahaja dalam bangunan hotel ini… yang ada cuma pengawal keselamatan.

“Memang mencemaskan tengok bingkai gambar di dinding hampir terjatuh dan air berkocak kuat! Kata seorang sahabat dah lama Jakarta tak merasai gegaran begini,” ujarnya.

Untuk rekod, Iqbal kini sedang berada di Indonesia sejak hujung tahun lalu bagi tujuan perniagaan dan urusan kerja.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!pendapat2 korang,amat di hargai di sini. PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Comment