“Ini Bukan Saya, Lentik Saya Lain, Saya Tak Shave Tiak” – Nampak Sama Tapi Bukan Dia, Ramai Usik Datuk AC Ada kembar

Sejak semalam, video seorang penari yang mengiringi nyanyian  Ayu Damit tular di media sosial.

Ia apabila videonya sedang membuat persembahan telah dirakam dan dimuat naik ke aplikasi TikTok milik @daruslantak.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Apa yang membuatkan ramai ‘terkasima’ adalah wajahnya yang seiras dengan pengacara terkenal Tanah Air, Dato’ AC Mizan.

Hal tersebut membuatkan ramai terhibur dan meninggalkan komen-komen lucu di ruangan TikTok berkenaan.

Ini kerana merasakan penari itu dan Dato’ AC benar-benar mirip.

Sedar akan namanya ‘dipetik’ netizen dan video terbabit juga sedang tular, pengaca program Maharajalawak Mega itu telah memberi respon yang sempoi di ruangan Instagramnya.

Dia juga mengakui yang wajahnya mirip sekali dengan penari berkenaan walaupun menafikan individu tersebut merupakan dia.

Namun, Dato’ AC secara berseloroh telah memaklumkan yang ‘rahsianya’ sudah terbongkar apabila video tersebut tular.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen.

Mereka sama-sama bergurau dengan pengacara berkenaan berkaitan video penari itu.

Mereka juga dilihat tetap mempertahankan kenyataan yang penari tersebut memang Dato’ AC dan turut dibalas oleh selebriti berkenaan.

 

Sumber: TikTok @daruslantak,

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Comment