“Holiday Another level” Hairul Azreen, Hanis Zalikha bercuti ke pulau naik helikopter

Hairul sekeluarga bercuti di sebuah pulau di Terengganu menaiki helikopter.

PETALING JAYA – Jika orang ramai berpusu-pusu menempah tiket penerbangan untuk bercuti sejak sempadan negeri dibuka semula, pasangan selebriti Hairul Adzreen dan Hanis Zalikha pula bercuti dengan penuh gaya.

Masakan tidak, mereka tdak perlu bersesak dengan orang ramai di lapangan terbang kerana menempah sebuah helikopter untuk percutian ke sebuah pulau.

Berdasarkan pengamatan, dipercayai Hairul sekeluarga bercuti di sebuah resort yang terletak di Pulau Redang, Terengganu.

Mereka sekeluarga termasuk anak-anak, Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 2, dilihat menaiki helikopter tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik pengarah dan pelakon filen Ada Hantu itu menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

“Bercuti dengan keluarga saya selepas sekian lama. Dari Kuala Lumpur ke pulau,” tulis Hairul di Instagram.

Menurut Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 33, percutian tersebut adalah yang pertama buat anak keduanya, Alisa.

“Alisa pertama kali bercuti, baby MCO,” tulis Hairul diruangan komen.

Sementara itu, rakan artis dan peminat turut teruja melihat gaya percutian mewah pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2015 itu.

“Another level ya. Happy holiday abang dan family,” tulis pelakon Elvina Mohamad.

Perjalanan ke pulau tersebut mengambil masa selama satu jam 20 minit kongsi Hairul menerusi sebuah lagi video di InstaStory.

Sungguhpun begitu, Hairul tdak mendedahkan lokasi pulau yang menjadi destinasi percutian mereka sekeluarga.

Sumber : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Comment