Sambut Ulang Tahun Perkahwinan, Elyana Pecah Rahsia Lamar Suami 12 Tahun Lalu

PENYANYI Elyana mendedahkan dia yang melamar suaminya iaitu Khairul Anuar Husin untuk berkahwin dengannya 12 tahun lalu.

Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 35, berkata, dia membuat lamaran itu dengan menulis ‘will you marry me’ di atas kertas yang masih disimpan sehingga ke hari ini.

Malah penyanyi Tak Tercapai Akalmu itu turut menyelitkan kertas tersebut pada kek bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang diadakan pada Sabtu lalu.

“Ini gambar kertas asli yang saya melamar Khairul. Will you marry me?… saya yang melamarnya,” katanya.

Elyana berkongsi perkara itu menerusi sebuah video sambutan ulang tahun perkahwinan mereka dan sambutan hari jadi suaminya yang ke-47 di Instagram.

Menerusi video tersebut, Elyana pada mulanya membuat prank kononnya dia disuruh menyanyi di majlis sambutan hari lahir anak salah seorang kenalannya.

Namun sebaik dia dan suami melangkah masuk ke dalam dewan, tetamu jemputan menyanyikan lagu selamat hari jadi buat Khairul.

Khairul yang terkejut sempat memberikan ucapan terima kasih buat semua keluarga dan tetamu yang hadir.

Dalam pada itu, Elyana berkata, dia sendiri merancang majlis kejutan itu seorang diri hanya dalam tempoh tiga hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Bagaimanapun katanya, perkara itu sangat sukar kerana mereka tinggal serumah dan terpaksa berhati-hati agar kejutan itu tidak diketahui suami.

“Saya rancang majlis ini seorang diri dalam masa tiga hari. Sangat mencabar kerana memang terbatas pengerakan saya kerana duduk satu rumah,” ujarnya.

Elyana memberitahu, dia percaya membuat orang yang disayangi berasa gembira adalah kunci kebahagiaan diri.

“Saya percaya dengan membuat orang yang kita sayang bahagia adalah kunci kebahagiaan untuk diri kita,” jelasnya.

Untuk rekod, Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar pada19 November 2010.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya matai aitu Cinta Sumayyah, 11, dan seorang anak angkat, Ramadhani yang berumur tiga tahun.Sumber:mStar

Leave a Comment