Bengang difitnah A. Aida, Amelia Henderson tetap mahu Iawan

PELAKON Amelia Henderson tetap dengan pendirian dia tidak bersalah atas tuduhan melanggar kontrak seperti didakwa oleh penerbit Datuk A. Aida sebelum ini.

Sebaliknya Amelia, 27, berkata pihak produksi berkenaan tidak mengikut perjanjian awal seperti mana yang telah ditetapkan ketika dia menerima tawaran terlibat dalam drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali itu.

“Saya tidak melanggar kontrak! Kontrak dilanggar oleh pihak plaintif. Disebabkan itu saya tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelakon drama tersebut,” katanya.

Amelia berkata demikian di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pada sebutan kesnya, Khamis.

Dalam pada itu, Amelia juga mengakui tersinggung dan sakit hati atas dakwaan dibuat serta menganggap ia adalah satu fitnah yang boleh menjejaskan nama baiknya.

“Saya sangat sakit hati! Sebab saya seperti difitnah kerana dianggap tidak profesional,” jelasnya.

Selepas mendengar kenyataan tersebut, hakim memutuskan perbicaraan bersambung pada 23 Disember depan bagi hujahan lisan kedua-dua belah pihak.

Konflik dua selebriti ini bermula apabila A. Aida mengambil tindakan saman terhadap Amelia dan juga seorang lagi pelakon iaitu Idris Khan kerana menarik diri pada saat-saat akhir penggambaran drama berkenaan.

Idris yang sebelum telah menghadiri perbicaraan bersetuju untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah dan perkara itu turut disambut baik oleh A. Aida.

Namun Amelia pula bertegas mahu kes ini dibicarakan.Sumber:mStar

Leave a Comment